UTAMA | MENGAPA EBOOK? | CARA PEMBAYARAN | DAFTAR | LOG MASUK | CARIAN |
*Anda Minat Bidang Apa? Lihat Kategori


 
   
Bebaskan Diri Anda Daripada Belenggu Hutang
 
Ulasan : Dalam e-book 7 Strategi Tambah Wang Saku ini saya telah berkongsikan kepada anda tentang beberapa strategi untuk memperolehi pendapatan pasif iaitu:- 1. Pelabur yang mendapat faedah melalui simpanan 2. Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes 3. Pengusaha hartanah yang mengutip kadar sewa setiap bulan 4. Strategi perniagaan yang membolehkan anda mendapat komisyen yang lumayan samada melalui pos atau internet. Jadi anda boleh praktikkan ilmu-ilmu yang dikongsikan dalam e-book ini untuk membebaskan anda dari belenggu masalah kewangan. Setiap manusia dikurniakan tulang empat kerat dan akal fikiran untuk melaksanakan kerja seharian.Namun begitu taraf kehidupan yang dinikmati oleh semua orang tidak sama. Ada diantara kita yang mempunyai pendapatan sekitar cukup makan. Ada yang sederhana dapat menyimpan RM100-RM200 sebulan. Malah ada yang kaya raya sehingga wang dan simpanan tidak menjadi masalah dalam kehidupan seharian mereka. Perkara ini boleh berlaku disebabkan cara kita berfikir dan bertindak. Walaupun kita berpijak di bumi yang sama, mempunyai tulang empat kerat yang sama dan hidup dalam persekitaran yang sama. Namun sekiranya kita tidak tahu cara untuk menguruskan wang dengan betul dan strategi mengembangkan wang tersebut, kita akan selamanya terkongkong dengan masalah ekonomi. Setiap orang bekerja dalam menjalani kehidupan seharian. Cuma kebanyakan orang bekerja makan gaji. Mereka hanya dibayar oleh majikan atas kerja yang mereka lakukan. Pendapatan ini dikenali sebagai pendapatan Aktif. Bagi kebanyakan orang kaya mereka mempunyai pendapatan pasif. Pendapatan pasif merupakan pendapatan yang diperolehi secara berkali-kali dengan usaha yang dilakukan sekali. Sebagai contoh pendapatan pasif adalah seperti berikut:- 1. Pelabur yang mendapat faedah 2. Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka 3. Penulis yang menerima royalti daripada hasil tulisan mereka 4. Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan 5. Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes 6. Pengusaha hartanah yang mengutip kadar sewa setiap bulan 7. pelakon yang mendapat bayaran royalti 8. pencipta sesuatu formula yang mendapat royalti hasil dari penjualan atau penggunaan formula yang dicipta 9. Pengusaha MLM yang mendapat komisyen setiap bulan
Jumlah Slaid/Mukasurat : 74
 
*Anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk memuatturun bahan ini.
 

Daftar sekarang untuk mendapatkan akses percuma untuk semua koleksi bahan motivasi dan ebook di www.amsy.biz.



Klik sini untuk mendaftar (klik sini)

 


Hak Cipta Terpelihara 2012 - 2016 www.amsy.biz *Capaian hendaklah melalui Chrome atau Firefox(bagi pengguna mobile/gajet). (+)